LIMIT DOWN (dan Limit Up) di FCPO❓

Bagi yang tak mengetahui, FCPO juga ada Limit Up dan Limit Down.

Kalau di saham, Limit Up/Down range dia ialah 30% kenaikan atau 30% penurunan. Penny counters bawah seringgit, 30 sen ke atas atau 30 sen ke bawah. Tiada istilah nak goreng kaunter meroket sampai 100% dalam sehari.

Sama seperti di FCPO, ada maximum kenaikan dan penurunan dalam satu trading day, iaitu sebanyak 10% dan kemudian 15%.

Ada 3 terms kita akan belajar:
– “The 10% Limit”
– “The 15% Limit”
– “The Cooling Off Period”

———————

Market FCPO yang biasa kita trade ni ada range dia setiap hari. Dan kita trade dari 0% ke 10% punya range. 10% ke atas dan 10% ke bawah. -10% ke +10%.

0% ni dari harga apa? Dari YDSP (Yesterday Settlement Price) dan ada calculation yang specific, tapi untuk mudah, ambil dari harga closing trading day yang sebelum nya.

Trading day sebelumnya ni kita nak refer bila punya price? Price closing jam 6pm.

Kenapa? Sebab sesi MALAM ialah T+1. Bermaksud sesi malam ialah trading day yang BARU. Masuk sesi malam jam 9pm, kita masuk trading day yang baru.

Dari 9pm hari sebelum ke 6pm hari seterusnya, kita boleh trade dari -10% ke +10%.

❗️TAPI APA JADI KALAU MARKET MENJUNAM ATAU MEROKET DAN HIT 10%?❗️

Bagi yang tak mengetahui, market FCPO terAMAT JARANG hit 10%. Hampir nak mencium 10% dan kona reverse ada.

Tapi hit 10% dan cool off – jarang.

Past 10 years tak pernah hit LD. 5-8% biasa.

Dan last kita hit LIMIT UP adalah pada petang March 9. Syukur saya sempat save chart 1 minit bagi moment bersejarah hit LU masa tu. Kat TradingView takda dah chart 1 min ke March 9 😆

So apa jadi kalau dia hit “The 10% Limit”?

Bila market hit price 10% limit sama ada atas atau bawah, BURSA akan announce 10-minit cooling odd period atau apa kita panggil sebagai “The Cooling Off Period”

Maksudnya? Market akan timeout, rilek kejap dan sebarang trading hanya boleh berlaku dalam 10% limit sahaja. Tak boleh nak junam atau terbang LEBIH dari 10%.

Selepas “The Cooling Off Period” 10 minit ni – baru market akan EXPAND atau besarkan range untuk kita trade dari 10% kepada 15% dari YDSP (atau cara mudah, dari harga closing jam 6pm semalam)

Tapi kalau Cooling Off period triggered 30 minit sebelum market nak tutup, dia tak expand ke 15% lepas 10 minit – tapi dia expand pada sesi yang seterusnya.

——————

⁉️SO APA YANG BERLAKU PADA SESI PAGI FCPO KITA NI? ⁉️ Next…

Contoh harini YDSP kita (ataupun harga terakhir trading day semalam) ialah 4174, ataupun 0%.

Jadi “The 10% Limit” kebawah ialah 3757.

Tepat jam 12.01PM, market hit 3757. 10% limit kita.

Disebabkan hit 30 minit sebelum market tutup (macam saya cerita kat atas), market akan masuk “The Cooling Off Period” sampai ke hujung sesi dan tak akan expand 15% lepas 10 minit cool off.

Sebaliknya akan expand kepada 15% ke bawah pada mula sesi petang nanti.

————————

⁉️ APA AKAN BERLAKU JAM 2.30PM NANTI ⁉️

Dari sejarah FCPO hit 10% Limit Up 3.31pm March 9, 2022 – market hit 10% Limit dan kemudian selepas 10 minit cooling off, dia gap up dan sambung terbang expand ke 15%.

Jadi, dari sejarah berlaku Limit Up – saya akan expect dia gap down petang ni untuk expand ke 15% range dan MAKSIMUM dia boleh turun lagi ialah 3548.

Saya ada chartkan di gambar atas, korang boleh rujuk kat gambar.

Market always repeat itself. So theoretically, akan berlaku seperti di atas.

Tapi kalau dia nak gap up dan tak nak turun 15% pun still boleh berlaku. Apa-apa pun, hanya Tuhan yang tahu.

Kenapa FCPO Limit Down pagi ni? Sebab banyak fundamental factors at play, antaranya yang saya share masa pagi Isnin lepas atas ni. Dan Indo buka market tambah lagi export, straight up bearish kepada FCPO.

Teringat pulak Datuk Zuraida cakap FCPO nak maintain firm kat 4500 3 hari lepas. Kehkehkeh

————————

Bagi yang dapat menyaksikan FCPO masuk 3 fasa dalam sesi pagi ni – “The 10% Limit”, “The Cooling Off Period” dan “The 15% Limit”

Tahniah! Untung korang. Sebab FCPO sangat-sangat jarang hit 10% Limit macam saya cerita kat atas ni.

Waktu bersejarah bagi FCPO!