Special 25% Margin Intraday for FCPO

Modal Permulaan Untuk Trade FCPO

Margin kepada kontrak FCPO berubah mengikut market volatility seperti yang diterangkan dalam topik Margin, dan historically margin boleh naik sampai all-time high RM13,000 pada tahun 2022 atau serendah RM4,000 pada 22 July 2019.

Margin semasa untuk 1 lot FCPO ialah RM7,000.

Untuk trade 1 lot FCPO, perlu ada RM7,000 dalam trading account.

Sekiranya balance trading account kita jatuh bawah RM7,000?

Jawapannya, tak boleh trade.

Perumpamaan:

Pak Abu meniaga Burger Ayam Ramly di kedai Burger.

Harga 1 Burger Ayam Ramly  ialah RM7.00.

Saya lapar, jadi saya turun kedai Pak Abu.

Sampai kedai Pak Abu, saya nak order 1 Burger Ayam Ramly yang berharga RM7.00.

Sekali bila saya buka dompet, ada RM6.90 sahaja.

Bolehkah saya beli burger Pak Abu? Tidak.

Jadi sama juga seperti FCPO, 1 lot harganya ialah RM7,000.

Sekiranya balance dalam akaun jatuh bawah RM7,000, maka kita tidak boleh berdagang 1 lot FCPO.


Special Intraday Margin Discount

Sesetengah broker ada sediakan kemudahan atau dipanggil sebagai ‘privilege‘ untuk Special Intraday Margin Discount untuk client yang layak atau memenuhi kriteria.

Kebiasaannya broker akan sediakan Special Intraday Margin Discount daripada jumlah margin untuk trade 1 lot.

Apakah Special Intraday Margin Discount?

  • Special discount pada margin kontrak FCPO kepada client yang layak atau memenuhi syarat untuk apply margin discount.
  • Discount ini hanya valid untuk intraday sahaja. Semua broker di Malaysia mesti patuh kepada Full Margin untuk position yang dibawa kepada hari esoknya (overnight position, bukan intraday position).
  • Berapa kadar margin discount yang diberikan?
    • 75% (bermakna 75% daripada jumlah Full Margin 1 kontrak FCPO)
    • 60% (60% daripada Full Margin)
    • 50% (50% daripada Full Margin)
    • 25% (25% daripada Full Margin)
  • Overnight (OV) position wajib Full Margin. Discount ini hanya applied untuk intraday sahaja untuk semua broker berdaftar di Malaysia.

Contoh: (Full Margin 1 Kontrak FCPO semasa: RM7,000)

  • 50% Intraday Margin Discount:
    • 50% x RM7,000 = RM3,500 1 lot

  • 25% Intraday Margin Discount:
    • 25% x RM7,000 = RM1,750 1 lot

Bermakna 1 lot FCPO yang harga asal Full Margin mengikut tetapan BMD adalah RM7,000, sekiranya client apply untuk dapatkan Special Intraday Margin Discount ini dan lulus untuk dapatkan kemudahan ini – 1 lot FCPO menjadi RM3,500 (50%) atau RM1,750 (25%).

Sekiranya saya apply 50% margin, adakah lot yang saya trade menjadi 0.5 lot?

Tidak. Lot yang kita trade walaupun apply 50% ataupun 25% margin masih lagi 1 lot, kerana Special Intraday Margin ini adalah diskaun.

Bukan seperti CFD Forex yang boleh leverage sehingga 0.5 atau 0.1 atau 0.01 lot.

Kontrak Futures adalah sempurna 1 lot, mengikut seliaan Exchange (BMD) dan broker. Bukan jadi setengah lot atau suku lot.

Bermakna walaupun kita trade dengan 25% margin, 1 lot tetap sama RM25 untuk setiap tick. Bukan RM12.50 atau RM6.25.

Siapa yang boleh apply?

Setiap broker ada tetapakan kriteria dan syarat yang berbeza untuk apply Special Intraday Margin Discount.

Ada broker yang minta client bagi 3 bulan slip gaji, 3 bulan bank statement, annual salary amount.

Ada broker yang nak client trade 3 bulan dulu baru boleh apply Intraday Margin.

Ada broker yang require RM20,000 deposit dulu baru boleh apply 50% discount.

Ada juga client yang apply tapi dapat 75% margin sahaja.

Under saya sebagai Remisier di Phillip Capital, hanya perlu deposit RM5,000 untuk penuhi syarat dan kriteria untuk apply 25% margin.

Kenapa banyak syaratnya untuk apply?

Kerana apabila bagi margin yang rendah kepada client, akan ada risiko client leverage terlalu banyak lot, risk management ditolak tepi, trade seperti berjudi dan loss dengan banyak, lagi-lagi bila sudah mula pakai teknik harapan dan tiada Stop Loss.

Bila berlaku begini, akan ada risiko berlakunya Overloss. Iaitu loss yang berlaku lebih daripada jumlah duit yang ada dalam akaun sampai jadi negatif.